Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Wednesday, 25-Feb-2009 15:47
MASJID SELAT, MELAKA
SIRI JELAJAH MASJID MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH
15-17 Disember 2007

MELAKA BDR. BERSEJARAH.
Tarikh: Ahad, 16 Disember 2007
Masa : 2.18 ptg - 3.19 ptg




Catatan sejarah menunjukkan bahawa masjid-masjid di negeri Melaka telah mula dibina sejak kurun ke14 lagi iaitu sebelum kedatangan Parameswara. Masjid-masjid ini dibina oleh masyarakat Islam yang wujud di sepanjang pantai Melaka.

Deri ingin berkongsi tentang keindahan sebuah masjid terapung yang moden, dibina oleh kerajaan negeri di Pulau Melaka, iaitu sebuah pulau buatan manusia, satu kawasan tanah tambak yang mengunjur ke laut selat Melaka, di Melaka Tengah. Masjid ini di namakan Masjid Selat ( The Strait Mosque ).

Tidak banyak info yang Deri dapat tentang masjid moden yang unik ini. Jadi buat masa ini memadailah Deri muatkan nota dari pandangan Deri sendiri serta muatkan di sini foto-foto menarik yang Deri rakamkan semasa lawatan kesana.

Sedikit sebanyak nota dari sudut senibina :
FASAD LUAR
**Rekabentuk masjid ini berkonsepkan senibina masjid lama negeri Melaka. Paling ketara sekali di mana kedudukan menara azannya jauh terpisah dari bangunan utama masjid. Menara ini terletak di sebelah kanan laluan ke pintu masuk utama.
**Rekabentuknya kelihatan agak simple, tidak berserabut dan amat menarik sekali. Bangunan utamanya yang memuatkan ruang solat & dek/serambi tinjau diperindahkan dengan sebuah kubah besar, satu-satunya kubah yang terdapat di masjid ini. Kubah yang berwarna keemasan & dibaluti dengan warna biru bercorak ini diapit oleh 4 buah menara kecil di setiap sudut.
**Arch besar yang memaparkan cermin bercorak & berwarna-warni menghiasi ruang tengah setiap fasad. Ada sesetengah bahagian diselangseli dengan lattice besi keluli/aluminium bermotifkan corak islam yang menarik.
**Menara azan/utama menirus kepuncak pada ketinggian 2 kali ganda bangunan utama. manakala menara-menara kecil pula disudahi dengan bumbung genting merah yang mempunyai bentuk bumbung masjid lama.
**Keempat-empat fasad utama masjid memaparkan ciri-ciri yang sama, namun tidak serupa jika diamati secara terperinci.
**Bangunan khas yang menempatkan tandas serta tempat wuduk lelaki & wanita dibina berasingan di kiri & kanan laluan masuk ke ruang solat utama & dihubungkan dengan laluan pejalan kaki bertutup.
**Seperti kebanyakkan masjid-masjid di Malaysia, tempat letak kasut kerangka besi `tangkap muat' disediakan di laluan pejalan kaki tersebut, sesuatu yang Deri rasa tidak harus berlaku dalam senibina sebuah masjid yang gah & menelan belanja yang besar.
**Masjid ini dibina bertongkahkan cerucuk konkrit tetulang & mengunjur ke laut. Ia akan kelihatan seperti terapung di permukaan air laut Selat Melaka apabila air pasang. Namun Deri tidak berpeluang untuk berada dalam situasi begini. Deri akan datang lagi ke sini jika diizinkan Allah untuk menikmati waktu matahari terbenam & air pasang.

REKABENTUK DALAMAN
**Rekabentuk dalamannya juga simple tetapi berkesan & praktikal. Kubah utamanya disokong oleh 4 buah tiang konkrit berbentuk silinder bertapak empat segi sama. Sebuah chandelier yang sederhana besar tergantung di bahagian tengah kubah yang dicorak dengan warna biru tua.
**Selain dari ruang solat utama di aras bawah, ruang solat tambahan disediakan di aras mezanin untuk menampung lebihan jemaah. Namun Deri berpendapat bahawa aras ini belum lagi digunakan memandangkan masjid ini agak terpencil dari kesibukan masyarakat bandar.
**Mimbar masjid diperbuat dari kayu yang diukir sederhana kehalusan seninya dan bentuknya seakan-akan menara yang berbumbung & berkubah bawang biru.
**Suasana tenang & nyaman terasa sekali semasa berada di dalam ruang solat utama terutamanya ketika angin laut bertiup sepoi2 bahasa merentasi ruang tersebut.
**Dek/serambi tinjau disediakan di sekeliling bangunan utama masjid sebagai tempat berehat sambil menikmati pemandangan indah Selat Melaka.




Terfikir sejenak di fikiran Deri. Apakah rasanya menunaikan solat sunat tahajjud dipenghujung malam diruang solat masjid terapung ini? Mungkinkah kekhusyukkannya bertambah...ataupun sebaliknya? Dalam keadaan terapung-apung begini, kemungkinan besar fikiran kita juga turut hanyut entah kemana bersama-sama deruan ombak & air laut Selat Melaka....

© Pidgin Technologies Ltd. 2016