Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Laluan pejalan kaki ke anjung masuk utama
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Laluan pejalan kaki



Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Sunday, 2-Dec-2007 09:56
MASJID (NEGERI) SULTAN ABU BAKAR, JOHOR BAHRU, JOHOR DT
KUNJUNGAN KEDUA**PAGI
FASAD LUAR

JOHOR BAHRU, JOHOR DT
Tarikh: Ahad 2 Disember 2007
Masa : 9.55 pg - 11.45 pg

Senibina
**Tidak ada data sebenar tentang arkitek masjid ini. Namun data sejarah mengatakan bahawa Juruteranya ialah Dato' Yahya bin Awaludin. Senibentuknya pula diawasi oleh Batwif Hj. Mohamed Arif bin Punak.
**Satu rangkaian senibina Islam Muslim Moorish, Persia & Klasik Eropah. Ciri-ciri senibina tempatan hampir tidak kelihatan.
**Bangunan utama masjid berbentuk segi empat tidak sama, memanjang ke qiblat & ditutupi dengan bumbung limas tunggal.
**4 buah menara yang menarik dibina pada setiap sisi bangunan utama. Menara di sisi kanan merupakan anjung masuk utama masjid. Menara ini & juga menara di sisi kiri mempunyai 4 aras yang berbentuk segi empat diaras bawah & aras 1 sementara bentuk segi lapan diaras 2 & 3. Ia disudahi dengan puncak yang berkubah segi lapan berwarna hitam. Katanya ini adalah ciri-ciri senibina Persia.
** Menara-menara tersebut diperindahkan dengan elemen-elemen senibina klasik eropah (lebih kepada era Renaissance) seperti `decorative mouldings', `entablatures' yang merangkumi `architrave, frieze & cornice', ornaments, decorative pillars, `balusters & balustrades' dan sebagainya. Pelengkung ciri Romawi (Roman arch) juga diterapkan pada aras bawah menara.
**Tiang-tiang yang padat di luar & dalam masjid berciri Romawi adalah pengaruh Eropah Klasik era Renaissance
**Diceritakan bahawa masjid ini dibina dengan adunan putih telur untuk menguatkan lagi struktur bangunan. Begitu juga pada masjid-masjid lama yang lain.

Masjid ini begitu istimewa bagi Deri. Ada rasa ketenangan jiwa. Ada rasa sesuatu yang menusuk kedalam hati ketika berada di sini. Pemandangannya indah, cuaca di luar yang panas tidak terasa bahangnya bila berada di dalam...nyaman...
Waktu malam lagi terasa nikmatnya....

mummy sofie: *dewan ni tak diberitahu apa fungsinya....tapi rasa deri la, selalunya depa guna utk meraikan sesuatu majlis formal (sbb masjid ni adalah masjid negeri Johor) kerajaan ataupun adat istiadat di raja.
*pintu grille selalu digunakan pada masjid2 lama era british. nanti deri akan buat n3 utk masjid sultan Alaeddin di Jugra, Selangor & masjid Sultan Sulaiman di Klang...ceq akan nampak grille digunakan disemua pintu masuk. mungkin masa tu byk. binatang2 liar kut...grille ni besi asli yang tersangatlah beratnya ceq oii....

© Pidgin Technologies Ltd. 2016